Tuesday, January 11, 2011

planning Business card for my business

 "Hi,my name is marul,this is my card!" ;)


TERINGAT  aku dengan sitcom popular 2+1 suatu masa dulu untuk tip ini.

Apabila membuat kad bisnes (business card) tidak kisah la bisnes ape yang korang buat samada wedding planner ke,fotografer ke Perkhidmatan pembuatan grill ke ;) & apape jela, penuhi ruangan belakang kad bisnes korang dengan maklumat perniagaan korang dengan maklumat perniagaan yang korang buat-produk atau perkhidmatan yang korang tawarkan.Ini adalah kerana seseorang menerima banyak kad bisnes tetapi jarang sekali dapat mengigati jenis perniagaan korang sekiranya tertulis nama dan nama syarikat korang sahaja.

Juga perlu diingatkan,JANGAN KEDEKUT memberi kad bisnes korang kepada seseorang. Kata Dato' Dr.Mohd. Fadzilah Kamsah,


"Berikan kad bisnes anda walaupun anda pernah memberikannya kepada seseorang sebelum ini.Sekurang-kurangnya 5 kali, barulah mereka akan mengigati anda dan perniagaan anda!"


Dan ini adalah salah satu ilmu marketing yang korang boleh buat..mudah jekan  ;)

Untuk tips yang paling penting yang korang boleh buat :-

>Hulurkan kad perniagaan korang dengan mengunakan kedua-dua belah tangan korang dan renuglah wajah penerima.. ;)


contoh bisnes kad design by : http://ciknoriqa.blogspot.com/





kisah kejayaan Dhiyono ;)

Jadi orang haruslah Melihat & Nampak seperti cerita siDHYONO....



Dhiyono memulakan cerita : 

"Hampir sebulan saya mundar mandir di Kuala lumpur,pak!Mahu bekerja takot tertipu lagi.pokoknya saya engak mahu buru buru,mahu 'RELEKS' dulu kata orang Malaysia,sebelum memutuskan untuk bikin apa seterusnya."

"waktu mundar mandir di Kuala Lumpur itu saya perhatikan tiga perkara pak!"

1 . "setiap org yang bergerak (berjalan) di KL ini ada wang di sakunya.cuma bedanya ade yang bawa sedikit dan ada yang bawa banyak.Pokonya setiap orang bawa wang."

2 . "Barang yang harganya RM1.00 kalau di KL ini sudah tidak ditawarkan lagi pak. Pokonya asal sesuatu barang itu berharga RM1.00 SUDAH DIKIRA SANGAT MURAH-setiap orang termasuk anak kecil bisa membelinya."

3 . "Bawa apa pun ke KL pokonya bisa menerangkan kegunaanya,akan ada yang membelinya."

"Nah dari pemerhatian saya itu,sesiapa pun yang bisa memproduksi barang,dijual dengan harga 50sen atau RM1.00
akan laris dan dapat hasil yang lumayan pak!"

"Jadi saya bikin air soya dan cendol merah je pak....kerana saya tau cuma bikin 2 barang itu!"

"Jualan hari pertama engak abis pak!tapi daptnya kok RM100..,saya semakin yakin lantas warung jualan air saya tambah dari satu jadi dua,dua jadi tiga,dalam 2 tahun saya sudah punya 7 warung pak!
kesemuanya ditungu orang gaji saya,"

"Bapak sendiri bisa menghitung berapa wang yang saya dapat setiap bulan.katakan,setiap satu warung saya dapat RM100
bersih sehari,kalau tujuh berapak pak sehari?,kan RM700!
SEBULAN RM21,00 pak!LUMAYAN enggak Pak!"

"Percaya enggak pak....berjualan air di pinggir jalan saja di Malaysia bisa pakai BMW!"

moral : diMalaysia ni kiri kanan depan belakang semuanya wang..cuma korang harus rajin berusaha dan mencari jalan..;)

Dipetik dari : Dr.Rusly Bin Abdullah PhD(Chefli jutawan senyap)
                   (pengasas institut teknologi kulinari Anjung utara)