Saturday, April 30, 2011

Satu Ketika Di Side

Iron ship

testing air+water  pressure

cutting with oxyasitilen

testing air+water  pressure

kapal oh kapal!

drawing pipeline

dubbler side

welder

kapal alum

NI?!!mamat kuat posing (king of welder) 

Friday, April 22, 2011

PROJEK MOSTI BANGI..

setting frame
marking plat 6mm 



 one sliding door 2tan(2000kg)
oxyasitilen

Monday, February 28, 2011

DIMANAKAH TEMPAT PELABURAN TERBAIK?

Mungkin ramai yang ingin tahu dimanakah tempat pelaburan yang terbaik ketika ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum ekonomi
negara kini berada dalam keadaan bertambah baik
akhir-akhir ini.

Sepanjang tahun ini FBM KLCI (saham) berada
pada paras tertinggi dan berada sekitar 1,500 mata.

Matawang RM semakin kukuh berbanding US Dollar.

Harga Emas naik mencanak pada akhir tahun lalu dan mulai turun menjelang Tahun Baru Cina.

Maka ramailah yang mulai tertanya-tanya?

Dimanakah tempat terbaik untuk melabur pada masa sekarang?

http://www.Emas.KewanganPeribadi.com/index.php?ref=marul

Sebenarnya terdapat banyak tempat pelaburan yang terbaik!

Dan terdapat pelbagai cara untuk melakukannya.

Tapi itu semua jika anda tahu dan punyai maklumat yang tepat atau dengan kata lain, anda ada ilmu pengetahuan!

Sebab itulah, bagi yang Pakar, tempat terbaik untuk melabur (bukan sahaja pada masa sekarang bahkan sepanjang masa) adalah dengan MELABUR DALAM DIRI SENDIRI!

Omputih cakap "invest in yourself".

Ini bermakna anda boleh membaca buku berkaitan ekonomi dan pelaburan.

Menghadiri seminar, sering bertanyakan soalan kepada pakar, atau anda mungkin boleh sambung belajar.

Ini adalah cara yang paling bagus dan terbaik untuk mendapatkan pulangan daripada pelaburan anda!

Pulangannya bukan sekadar wang tapi diri anda sendiri akan menjadi lebih bernilai!

Yang paling menarik, melabur dalam diri sendiri dalam Ilmu ini tiada risiko kerugian!

Rugi jika anda tak guna Ilmu yang ada dan praktikkannya! Itu sahaja!

Namun begitu jika anda nak tahu cara terbaik memilih pelaburan yang menguntungkan, anda boleh dapatkan Ebook BAGAIMANA MEMILIH PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN melalui link berikut:

http://www.Emas.KewanganPeribadi.com/index.php?ref=marul

Melalui link tersebut anda juga berpeluang mengetahui Rahsia Menjana Keuntungan Melalui Akaun Pelaburan Emas!

Jadi jangan tunggu lagi dapatkannya sekarang!

Ikhlas,

kamarul ariffin

Friday, February 25, 2011

JOM KAJI DIMANA TAHAP KEWANGAN ANDA ;)

                              DIMANAKAH TAHAP KEWANGAN ANDA?!
                                                              
                                                                         
                                                                   
Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai  kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kita perlu ketahui poin A.


Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu!
Artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan. 
Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?




#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.
Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan ;)
Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!






#2: Kewangan Selamat (Financially secure)
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.
Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!
Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?


Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa, dan seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.


#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!
Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…
Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).




                                                      sebagai contoh


#4: Tahap Tersangat kaya (Ultra Rich)
Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih… nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang  berada di dalam tahap ini.
Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga akhir hayat, walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana, seringkali, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja kerana cintakan kerja- dan bukan wang!
Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada, tanya selera!
*****************


                                                                sebagai contoh ;)

Thursday, January 13, 2011

Kesenian wrought iron ;)

Selesai sudah Projek At Kg.Delek..Lorong Hj.Taib menelan masa 2 minggu untuk disiapkan..
alhamdulillah tuhan itu maha kaya,sekali bagi kite harus mensyukuri nikmatnya ;)






sifu (kechik)..;)



wrought iron tu memang seni..
tapi...........perlukan :-

*kesabaran
*ketekunan
*kerajinan
*kreatif...

p/s : ape yang penting..lakukan kerana minat...dan secara tidak langsung minat itu bertukar menjadi rezeki ya halal... ;)

Tuesday, January 11, 2011

planning Business card for my business

 "Hi,my name is marul,this is my card!" ;)


TERINGAT  aku dengan sitcom popular 2+1 suatu masa dulu untuk tip ini.

Apabila membuat kad bisnes (business card) tidak kisah la bisnes ape yang korang buat samada wedding planner ke,fotografer ke Perkhidmatan pembuatan grill ke ;) & apape jela, penuhi ruangan belakang kad bisnes korang dengan maklumat perniagaan korang dengan maklumat perniagaan yang korang buat-produk atau perkhidmatan yang korang tawarkan.Ini adalah kerana seseorang menerima banyak kad bisnes tetapi jarang sekali dapat mengigati jenis perniagaan korang sekiranya tertulis nama dan nama syarikat korang sahaja.

Juga perlu diingatkan,JANGAN KEDEKUT memberi kad bisnes korang kepada seseorang. Kata Dato' Dr.Mohd. Fadzilah Kamsah,


"Berikan kad bisnes anda walaupun anda pernah memberikannya kepada seseorang sebelum ini.Sekurang-kurangnya 5 kali, barulah mereka akan mengigati anda dan perniagaan anda!"


Dan ini adalah salah satu ilmu marketing yang korang boleh buat..mudah jekan  ;)

Untuk tips yang paling penting yang korang boleh buat :-

>Hulurkan kad perniagaan korang dengan mengunakan kedua-dua belah tangan korang dan renuglah wajah penerima.. ;)


contoh bisnes kad design by : http://ciknoriqa.blogspot.com/