Monday, January 10, 2011

BERITA TERGEMPAR!

Facebook baru-baru ini menjadi sangat kelebihan penduduk. Ada banyak ahli mengeluh bahawa Facebook menjadi sangat lambat. Nota menunjukkan bahawa alasannya adalah bahawa ada banyak aktif untuk ahli dan, di sisi lain, banyak ahli-ahli Facebook baru.Kami akan menghantar mesej ini di sekitar untuk melihat apakah anggota aktif atau tidak. Jika anda aktif sila hantar ke minimal 15 pengguna lain menggunakan Copy + Paste untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif. * Mereka yang tidak menghantar mesej ini dalam masa 2 minggu akan dihapuskan tanpa ragu-ragu untuk mencipta lebih banyak ruang .*Hantar mesej ini ke semua teman-teman anda dan untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif dan anda tidak akan dihapuskan.Pengasas Facebook,Mark Zuckerber

muqaddimah situkang besi

Keibubapaan: Suatu Disiplin Ilmu


Keibubapaan (parenting) merupakan istilah baru mengenai ilmu dan kemahiran membela dan mendidik anak. Dulu soal ini dianggap automatik – kita ikut cara ibu bapa kita membela kita atau ikut cara yang biasa orang lain lakukan.
Kini lain pula. Perkembangan pendidikan dan penyelidikan yang bermula di negara-negara maju telah menjadikannya sebagai satu disiplin.

Keibubapaan kian dianggap faktor penting dalam penyempurnaan perkembangan kanak-kanak. Walaupun ibu bapa hari ini tidak mengambil kursus-kursus formal mengenainya, mereka membaca tentang tulisan, selidikan dan pendapat pakar dan sebagainya.

Bayangkan, seorang jurutera yang berjaya telah menghabiskan 5 tahun di universiti mempelajari teori-teori dan praktikal bagi membolehkan mereka menjadi pakar dalam membina bangunan yang luarbiasa binaannya. Seorang arkitek telah menghabiskan masa 4 tahun untuk mempelajari ilmu-ilmu visuo-spatial sebelum mereka berjaya mereka-bentuk sebuah karya dalam seni bina. Seorang peguam juga telah menghabiskan masa bertahun-tahun di menara gading dan telah mengkhatamkan beratus-ratus buah buku bagi membela client mereka.

Jika masa yang dikorbankan begitu besar bagi mempelajari ilmu untuk membina bangunan tak bernyawa, mereka bentuk sebuah binaan, membela client di mahkamah, mengapa tidak kita sebagai ibu bapa berkorban masa untuk mempelajari ilmu keibubapaan untuk membina, mencorakserta membela insan-insan kecil di tangan kita supaya menjadi insan-insan hebat serta beriman di masa akan datang.

Masa yang diluangkan untuk mencari ilmu tidak akan merugikan kerana ibubapa yang berilmu akan melahirkan generasi-generasi berilmu di masa akan datang. Ilmu untuk hari ini sangat penting, kerana sebarang kerosakan yang berlaku di masa akan datang tidak mungkin dapat diundur semula. 

Ilmu keibubapaan boleh mula dipelajari seawal mungkin - tiada masalahnya jika mula mencari maklumat tentang keibubapaan sejak dari umur remaja lagi. Ini bukanlah satu tanda bahawa 'kegatalan untuk berkahwin' sewaktu remaja ataupun sesuatu yang memalukan, tetapi adalah satu tindakan yang bijak dan realitas - kerana suatu masa nanti, dengan izin Allah, seseorang itu tetap akan membina rumahtangga dan melahirkan generasi-generasi akan datang.

Jika kita mengikut pandangan barat, pendidikan anak-anak bermula apabila anak itu lahir ke dunia. Tetapi menurut pandangan Islam, pendidikan anak-anak bermula daripada proses memilih bakal suami/isteri lagi. Memilih bakal suami / isteri yang soleh/ah adalah kriteria utama yang diletakkan dalam pemilihan jodoh. Setelah berkahwin, pasangan bertanggungjawab mendidik pasangan masing-masing, supaya suami dan isteri tadi mampu menjadi ayah dan ibu yang baik kelak. Sewaktu anak-anak dalam kandungan, terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan seperti membacakan ayat-ayat al-Qur'an, menjaga perasaan dan sebagainya. Proses pendidikan ini berterusan hinggalah kelahiran anak tersebut dan sehingga beliau mencapai peringkat dewasa.

Konklusinya, keibubapaan bukan lagi suatu ilmu yang perlu dipandang enteng dan hanya dijalankan secara automatik, tetapi ilmu keibubapaan perlulah dituntut, dicari, digali dan disiasat seperti ilmu-ilmu yang lain kerana produk kepada disiplin ilmu yang satu ini bukanlah sebuah bangunan atau mesin yang hebat, tetapi MANUSIA yang lemah/biasa/cemerlang (terpulang kepada cara pendidikan ibubapanya) dan manusia-manusia ini akan membiak dan seterusnya membuat kebaikan/kerosakan (terpulang kepada cara pendidikan ibubapanya) di atas muka bumi ini. Yang mana anak kita / bakal anak kita? Bulatkan pilihan yang anda mahu ^^, 

Bagi menutup perbincangan ini, suka untuk kami kemukakan 4 kategori ibubapa;permissive, authoritarian, uninvolved & authoritative. Setiap jenis ibubapa akan melahirkan anak-anak yang sangat berbeza kualitinya dan hubungan di antara dua faktor ini telah dibuktikan dengan kajian psikologi. Ingin tahu lebih lanjut? Sila klik link ini bagi mendapatkan maklumat pantas; http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fpsychology.about.com%2Fod%2Fdevelopmentalpsychology%2Fa%2Fparenting-style.htm&h=1a579

semoga bermanfaat..;)